Penghijrah ditempatkan di Dewan Olimpik

Penghijrah ditempatkan di Dewan Olimpik

ATHENS, 1 Okt (AFP) – Pihak berkuasa Greece hari ini segera membuka semula dewan sukan Olimpik Athens 2004 yang terbiar untuk menempatkan ratusan penghijrah yang tidur di jalan-jalan bandar tersebut.

Bas-bas di bandar itu mengambil lebih 400 penghijrah terutamanya 400 orang Afghan dari tengah Victoria Square ke dewan tertutup Galatsi.

Beberapa hari awalnya, operasi serupa telah menghantar penghijrah ke pusat hoki Hellenikon di selatan Athens.

“Saya ingin menenteramkan para penduduk….Victoria Square akan dikosongkan,” Yiannis Mouzalas, menteri dalam negeri yang bertanggungjawab ke atas migrasi, memberitahu para wartawan.

Beratus-ratus penghijrah terutamanya Afghanistan telah mendirikan khemah di Victoria Square baru-baru ini, dan pergaduhan lewat malam meletus pada Selasa, mencetuskan bantahan dari bandar Athens dan penduduk tempatan.