Penghijrah guna pasport palsu Syria

Penghijrah guna pasport palsu Syria

PARIS, 1 Sept (AFP) – Sebuah pasar yang membuat pasport palsu Syria semakin berkembang, terutamanya di Turki, untuk membantu para penghijrah dan pelarian untuk memasuki EU, menurut ketua agensi Frontex sempadan Eropah, hari ini.

“Terdapat orang di Turki kini yang membeli pasport palsu Syria kerana mereka tahu warga Syria mendapat hak perlindungan di kesemua negeri anggota Kesatuan Eropah (EU),” kata Fabrice Leggeri kepada radio stesen Perancis, Europe 1.

“Orang yang menggunakan pasport palsu Syria sering bercakap dalam Bahasa Arab. Mereka mungkin datang dari Afrika Utara atau Timur Tengah tetapi mereka memiliki profil penghijrah ekonomi,” ujarnya.

Leggeri mengatakan tidak ada bukti pasport palsu telah digunakan oleh pengganas berpotensi untuk memasuki Eropah.

ARTIKEL YANG SAMA