Penghijrah hampa khabar angin sempadan dibuka

Penghijrah hampa khabar angin sempadan dibuka

IDOMENI, Greece, 27 Mac (AFP) – Para pelarian yang penuh berharap membanjiri semula kem penghijrah Idomeni di Greece yang sudah penuh sesak di sempadan bersama Macedonia, mewujudkan kekeliruan, selepas desas-desus mengatakan sempadan yang ditutup akan dipaksa dibuka.

Kemasukan yang ramai itu muncul ketika pihak berkuasa Greece cuba untuk memindahkan anggara 11,600 orang yang terkandas dalam kem yang sangat kotor selepas negeri-negeri Balkan menghentam penutupan laluan penghijrah masuk ke Kesatuan Eropah (EU).

Berpuluh-puluh pelarian yang menaruh harapan telah berkumpul di landasan kereta api di Idomeni dan di pagar sempadan, bernyanyi dan menunggu yang lain untuk tiba, ketika polis Greece dalam kelengkapan rusuhan berdiri mengawal.

Penghijrah bersama anak mereka membantah menggunakan serpihan kotak dengan tulisan ‘bantu kami’ di hadapan polis anti rusuhan di kem sempadan Greece-Macedonia pada 27 Mac. – AFP
Penghijrah bersama anak mereka membantah menggunakan serpihan kotak dengan tulisan ‘bantu kami’ di hadapan polis anti rusuhan di kem sempadan Greece-Macedonia pada 27 Mac. – AFP

Seorang pelarian muda Syria memberitahu Agensi Berita Athens bahawa khabar angin yang disebarkan itu mengatakan jurnalis antarabangsa dan para pegawai Palang Merah akan membantu mereka memaksakan laluan mereka menyeberangi pagar masuk ke Macedonia.

“Kami mendengar hari ini yang sempadan itu akan dibuka dan kami datang ke sini untuk menyeberangi sempadan,” ujarnya.

“Mereka memberitahu kami yang Palang Merah dan 500 jurnalis dari seluruh dunia akan bersama-sama dengan kami,” katanya tanpa menentukan sumber tersebut.

Seorang pelarian muda Syria lain mengatakan kakaknya, yang tinggal di Jerman, membaca dakwaan yang sama dalam Internet dan memaklumkannya.