Penghijrah ‘lemas dipijak’ dalam dingi

Penghijrah ‘lemas dipijak’ dalam dingi

TRAPANI, Itali, 22 Julai – Kisah mengerikan terdedah hari ini mengenai kematian 22 penghijrah yang lemas selepas mereka dipijak oleh orang ramai di bawah dingi di Mediterranean apabila kepanikan meletus dingi itu akan karam.

Pekerja Palang Merah memberi penghormatan di tepi pelabuhan Trapani, Sicily, ketika mayat 21 orang wanita dan seorang lelaki telah dibawa menggunakan kapal penyelamat, ditempatkan dalam keranda kayu dan dimasukkan ke kenderaan mayat.

Kru MS Aquarius, dicarter oleh badan kebajikan perubatan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) dan NGO SOS Mediterranea Perancis, menemui mayat di bawah dingi apabila mereka menyelamatkan 200 penghijrah pada Rabu.

Yang terselamat memberitahu MSF bahawa mangsa-mangsa telah lemas dalam 30 sentimeter air bercampur minyak.

“Orang ramai cuba untuk mengelak daripada tergelincir masuk ke air/minyak di tengah-tengah dingi, namun apabila mereka bergerak ke tepi lebih banyak air masuk,” kata mangsa terselamat yang dinamakan hanya sebagai David telah dipetik sebagai berkata dalam Twitter MSF.

Mayat penghijrah dibawa ketika tiba di pelabuhan Trapani pada 22 Julai. – AFP
Mayat penghijrah dibawa ketika tiba di pelabuhan Trapani pada 22 Julai. – AFP

Dingi yang penuh sesak itu menyenget ke sebelah. Mereka yang berada di dalamnya cuba untuk menimba air keluar, yang naik hingga ke paras lutut.

“Budak perempuan duduk di tengah-tengah mula panik, cuba untuk berdiri,” katanya.

“Mayat-mayat berada di lantai ditenggelami air, kami menjerit dan meminta untuk diselamatkan.

MSF berkata ramai mangsa yang diselamatkan kira-kira 209 orang menangis ketika mereka turun di pelabuhan, dan badan kebajikan memberi sokongan psikologi.

Antara mereka yang diselamatkan oleh MS Aquarius adalah dua wanita mengandung dan 50 kanak, 45 lagi sedang membuat perjalanan tanpa ibu bapa mereka. Ia bukanlah tragedi pertama yang berpunca akibat kepanikan di dalam bot yang bimbang ia akan karam. – AFP