Penghijrah: PM terus ditekan

Penghijrah: PM terus ditekan

SYDNEY, 14 Okt – Sekumpulan pembantah telah membanjiri pejabat-pejabat Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull di Sydney hari ini, menuntut bagi penamatan penahanan jangka panjang para pencari suaka di pusat-pusat di Pasifik Selatan.

Kira-kira 20 orang aktivis, sesetengahnya membawa sepanduk yang mengisytiharkan “Children don’t belong in detention” (Tahanan bukan tempat untuk Kanak-kanak), menggesa Turnbull supaya menamatkan dasar tahanan luar pesisir yang berkontroversi itu.”

Turnbull, yang menyingkirkan bekas perdana menteri Tony Abbott dalam rampasan kuasa parti bulan lalu, tidak berada di pejabatnya pada ketika bantahan itu.

Tekanan meningkat ke atas Turnbull supaya bertindak ke atas keadaan tahanan yang teruk, selepas laporan tentang penganiayaan dan serangan seksual yang berterusan ke atas kanak-kanak, dan kritikan PBB dan kumpulan hak asasi kemanusiaan.

Turnbull pada bulan lalu berkata beliau bimbang dengan keadaan di perkhemahan-perkhemahan, tetapi ramai dalam parti Liberal menyokong dasar tahanan mandatori yang membawa kepada kemenangan undi.

Gambar yang diambil pada 11 Oktober menunjukkan etnik Syria menghadiri perhimpunan yang menyokong pelarian dan pencari perlindungan di Sydney. – AFP
Gambar yang diambil pada 11 Oktober menunjukkan etnik Syria menghadiri perhimpunan yang menyokong pelarian dan pencari perlindungan di Sydney. – AFP

Mahkamah tinggi Australia sedang menimbangkan sama ada dasar menghantar pencari suaka ke Nauru, negara pulau Pasifik Selatan bagi penahanan jangka panjang, mencabuli perlembagaan.

Australia sama sekali tidak menerima bilangan orang pelarian yang pada masa sama dengan ramainya memasuki Eropah, namun kerajaan berturut-turut berikrar akan menghalang pencari suaka dari sampai ke tanah besar, dengan mengarahkan bot-bot berpatah balik dan menghantar mereka yang memintas ke perkhemahan di Pulau Manus di Papua New Guinea dan Nauru. – Reuters