Penghormatan pengadil negara bertaraf FIFA

Penghormatan pengadil negara bertaraf FIFA

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Menjadi satu penghormatan buat pengadil bertaraf FIFA Negara Brunei Darussalam apabila diberi tugasan menjadi pengadil utama perlawanan pembukaan rasmi Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Bawah 21 Tahun Akhbar Thanhnien Kali Ke-9.

Pada perlawanan yang mengambil tempat di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh City, Vietnam itu Mohd Hadimin bin Shahbudin telah bertugas bersama pembantu pengadil pertama, Teso dari Laos, pembantu pengadil kedua, Kim Sy Pisal dari Kemboja dan pegawai keempat, Steve Supresencia dari Filipina.

Perlawanan di antara Hoang Anh Gia Lai B21 (Vietnam) dengan Korea B21 itu telah dimenangi Korea B21 dengan jaringan 1-0. Jaringan tunggal perlawanan dihasilkan oleh pemain Jersi 11 Korea B21, Kim Jeonghwan pada minit ke-24.

Mohd Hadimin memegang bola sebelum bermula perlawanan antara Korea B21 (merah) dan Hoang Anh Gia Lai B21 (putih).
Mohd Hadimin memegang bola sebelum bermula perlawanan antara Korea B21 (merah) dan Hoang Anh Gia Lai B21 (putih).

Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Bawah 21 Tahun Akhbar Thanhnien Kali Ke-9 itu akan berakhir pada 29 November 2015 nanti.

Enam pasukan menyertai kejohanan berkenaan, yang telah dibahagikan kepada dua buah kumpulan, A dan B, dengan setiap kumpulan masing-masing mengandungi tiga buah pasukan.

Kumpulan A mengandungi Vietnam B21, Singapura B21 dan Thailand B21. Sementara sebuah lagi pasukan dalam Kumpulan B ialah Myanmar B21.

ARTIKEL YANG SAMA