Penghormatan untuk wira Piala Dunia England

Penghormatan untuk wira Piala Dunia England

LONDON, 27 Julai – Mendiang kapten England Bobby Moore yang memenangi Piala Dunia pada 1966 diberikan penghormatan dengan plak berwarna biru di tempat tinggalnya semalam.

Majlis perasmian plak di kediaman zaman kanak-kanak Moore di timur London dihadiri oleh keluarga, rakan dan tokoh-tokoh bola sepak.

Ia dirasmikan hanya beberapa hari sebelum acara memperingati ulang tahun ke-50 kegemilangan bola sepak Inggeris, dengan kemenangan 4-2 ke atas Jerman Barat, dengan Moore adalah satu-satunya kapten yang pernah menjulang trofi utama itu.

“Saya pasti dia (Moore) akan tersentuh dan hari ini adalah hari istimewa dan menarik untuk mengetahui dia akan berada di sini buat selamanya,” anak perempuannya, Roberta memberitahu Press Association.

“Adalah menarik untuk dapat menunjukkan kepada anak saya, yang merasa sedih tidak dapat bertemu ayah saya. Jadi adalah menarik mereka mampu untuk mempunyai hubungan bersama ayah menerusi filem-filem dan gambar dan majlis seperti ini.”

Pemain legenda England Bobby Moore pada zaman gemilangnya ketika bersama kelab West Ham. – AFP
Pemain legenda England Bobby Moore pada zaman gemilangnya ketika bersama kelab West Ham. – AFP

Mooore yang meninggal dunia akibat barah pada 1993 pada usia 51 tahun, menunjukkan kemahiran kepimpinan di mana dia menjadi kapten pada usia 22 tahun.

Dia meraih 108 kap dan beraksi dalam kemenangan Piala FA bersama West Ham pada 1964, dan pemenang Piala Eropah pada tahun berikutanya.

“Begitu memilukan kita seharusnya berhimpun di sini di mana semua segala-galanya bermula bagi Bobby, tempat di mana dia menyemai harapan pertama beraksi bagi West Ham dan mengimpikan menyarung jersi The Three Lions, tempat di mana cerita sukan luar biasa memulakan kehidupan,” jelas Naib Pengerusi West Ham, Karren Brady.

“Melahirkan dan menempa bakat tempatan adalah falsafah kelab saya, dan sebagai siapakah yang mungkin menjadi ‘role model’ dan contoh yang paling bersinar yang anda mampu ingati berbanding Bobby sendiri?” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA