Penghujung Syawal semakin rancak diraikan

Penghujung Syawal semakin rancak diraikan

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Perkhidmatan Teknikal Diraja Brunei (RBTS) turut memeriahkan penghujung bulan Syawal ini dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi para kliennya yang berlangsung di Hotel Park View, di sini, hari ini.

Antara yang hadir ialah jemputan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan beberapa agensi kerajaan yang lainnya.

Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi), Kementerian Pertahanan, Haji Azhar bin Haji Ahmad, Timbalan Setiausaha Tetap (IT & e-Kerajaan) di Jabatan Perdana Menteri yang juga selaku Interim Ketua Pegawai Eksekutif RBTS, Awang Adi Shamsul bin Haji Sabli, ahli-ahli lembaga pengarah RBTS, warga pengurusan kanan, para pegawai dan kakitangan RBTS.

Di majlis itu, para jemputan disajikan dengan hidangan Hari Raya sambil memberikan peluang kepada ahli-ahli RBTS mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dengan klien-klien mereka.

Haji Azhar (2 kiri) bergambar bersama tetamu yang hadir.
Haji Azhar (2 kiri) bergambar bersama tetamu yang hadir.
Si cilik yang memainkan guling tangan turut menjadi tumpuan, sekali gus memeriahkan suasana Aidilfitri RBTS.
Si cilik yang memainkan guling tangan turut menjadi tumpuan, sekali gus memeriahkan suasana Aidilfitri RBTS.

pg08_150813_f

Acara itu juga bertujuan untuk memberikan peluang untuk kakitangan RBTS dan klien untuk beramah mesra di luar suasana profesional dan menikmati suasana Hari Raya Aidilfitri.

Sebagai tambahan, ia juga untuk melahirkan rasa penghargaan kepada klien RBTS atas sokongan berterusan dan keyakinan mereka di sepanjang tahun kepada syarikat berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA