Penghuni bimbang kecurian makin menjadi-jadi

Penghuni bimbang kecurian makin menjadi-jadi

KES kecurian berlaku lagi di kawasan apartmen kami, di Tasik Lama. Setiap pintu keluar telah dipecahkan. Kali ini sebuah peti TV 32 inci LED telah dicuri. Ini adalah kali ke lima kes kecurian berlaku di sini. Sebelum ini, pernah terjadi kes kecurian kereta di sini.

Apartmen Tasik Lama setinggi 12 tingkat ini dihuni kira-kira 44 buah keluarga pegawai dan kakitangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sebenarnya, bermacam-macam aduan telah kami hadapkan kepada pihak yang bertanggungjawab supaya mengambil langkah meningkatkan kawalan keselamatan seperti memasang jeriji kese-lamatan (safety grill) pada unit-unit apartmet di sini memandangkan semua unit tidak dipasang jeriji besi.

Keadaan pintu yang dipecahkan.
Keadaan pintu yang dipecahkan.

Selain itu, terdapat banyak kerosakan di sini tetapi malangnya sehingga ini, tiada sebarang tindakan yang diambil.

Keadaan ini membuatkan kami, para penghuni di sini amat khuatir akan keselamatan anak isteri serta keluarga yang tinggal di rumah.

Sebagai wakil suara penyewa Apartment Tasik Lama, saya memohon pihak-pihak berkenaan agar mengambil tindakan yang sewajarnya demi kebajikan dan keselamatan kami serta sebelum berlaku sesuatu kejadian yang lebih buruk. Penghuni prihatin

ARTIKEL YANG SAMA