Pengilang kereta kerjasama bina rangkaian e-pengecas

Pengilang kereta kerjasama bina rangkaian e-pengecas

FRANKFURT AM MAIN, 30 Nov – Pembuat kereta Jerman, BMW, Daimler, Porsche dan Audi serta pesaing Amerika Syarikat, Ford berkata kelmarin mereka akan bekerjasama dalam rangkaian meluas stesen pengecasan elektrik Eropah.

Langkah itu merupakan ‘langkah penting ke arah memudahkan pengadaptasian kenderaan elektrik bateri yang dipasarkan besar-besaran’ pembuat berkata dalam satu kenyataan bersama, dan muncul sebagai pembuat kereta Jerman untuk meligatkan tawaran mereka bagi kereta elektrik untuk beberapa tahun akan datang.

“Kami berhasrat untuk mewujudkan satu rangkaian yang membolehkan para pelanggan kami yang sedang melakukan perjalanan jarak jauh untuk menggunakan waktu rehat bagi mengecas semula,” kata ketua eksekutif Audi, Rupert Stadler.

Firma-firma itu telah menandatangani memorandum persefahaman ke atas usaha sama bersama dan rancangan untuk memulakan pembinaan bagi kira-kira 400 stesen pengecasan berkelajuan tinggi di seluruh Eropah pada 2017.

Rangkaian itu dijangka siap menjelang 2020.

Kereta hibrid dan semua kenderaan elektrik dari mana-mana pengilang akan menggunakan Sistem Pengecasan Gabungan (CCS) standard yang akan dapat digunakan pada stesen-stesen, dalam satu langkah yang bertujuan untuk merangsang pertumbuhan penggunaan kereta elektrik di benua itu.

Pembuat kereta Jerman telah ketinggalan daripada beberapa pesaing apabila ia hendak memperkenalkan model-model elektriknya.

Teknologi berkenaan masih lagi kurang digunakan di Eropah, dihambat oleh harga tinggi, kenderaan perjalanan jarak pendek dan kekurangan infrastruktur pengecasan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA