Pengintip AS ...

Pengintip AS tegaskan penglibatan Rusia

WASHINGTON, 6 Jan – Ketua-ketua pengintip AS semalam menegaskan mereka mempunyai bukti kukuh bahawa Rusia melaksanakan usaha yang tidak pernah dibuat sebelum ini untuk mengganggu pilihan raya Amerika, dengan berpendirian keras di tengah penafian Donald Trump untuk menerima kesimpulan mereka.

Sehari sebelum para ketua empat badan tertinggi perisikan memberi penerangan ringkas kepada presiden yang baru dilantik berhubung penilaian mereka tentang campur tangan Rusia dalam pilihan raya tahun lalu, Pengarah Perisikan Kebangsaan James Clapper memberitahu sesi dengar Senat, keyakinannya ‘cukup tinggi’ dalam penemuan mereka.

“Pihak Rusia mempunyai sejarah lama campur tangan dalam pilihan raya, pilihan raya mereka sendiri dan pihak lain,” dia memberitahu Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata.

“Tetapi kami tidak pernah berdepan dengan kempen langsung seumpama ini untuk campur tangan dalam proses pilihan raya seperti yang telah kami lihat dalam kes ini.’

“Ini adalah kempen pelbagai segi. Maka, penggodaman hanya satu bahagian darinya dan ia juga melibatkan propaganda klasik, maklumat palsu, berita palsu.”

Ketua pengintip Amerika Syarikat bertegas kelmarin bahawa mereka mempunyai bukti kukuh bahawa Rusia melaksanakan usaha yang tidak pernah dibuat sebelum ini untuk mengganggu pilihan raya Amerika. – AFP
Ketua pengintip Amerika Syarikat bertegas kelmarin bahawa mereka mempunyai bukti kukuh bahawa Rusia melaksanakan usaha yang tidak pernah dibuat sebelum ini untuk mengganggu pilihan raya Amerika. – AFP

Clapper, ketua Agensi Keselamatan Kebangsaan Michael Rogers dan Marcel Lettre, penolong setiausaha pertahanan bagi perisikan, memberitahu jawatankuasa itu dalam kenyataan bersama bahawa ‘hanya pegawai-pegawai paling kanan Rusia’ boleh mempunyai kuasa ke atas operasi itu, yang mana penggodam-penggodam telah mencuri fail dan e-mel Parti Demokrat.

Fail-fail itu kemudian disebarkan melalui WikiLeaks, mengaibkan parti itu dan menjejaskan usaha Hillary Clinton, calon parti itu untuk menjadi presiden.

Clapper berkata “Rusia jelas mengambil kedudukan siber yang lebih agresif dengan menambah operasi pengintipan siber, membocorkan data yang dicuri dari operasi ini dan mensasarkan sistem penting infrastruktur.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA