Pengintip asing godam sistem komputer Australia

Pengintip asing godam sistem komputer Australia

SYDNEY, 12 Okt – Pengintip asing memasang perisian berniat jahat pada sistem komputer agensi kerajaan Australia, mencuri sejumlah dokumen, dedah satu laporan rasmi hari ini, tanpa menamakan negara yang terbabit.

Pencabulan keselamatan ke atas sistem Biro Kaji Cuaca, yang mempunyai hubungan dengan jabatan pertahanan, dikesan pada tahun 2015 dan laporan media awal menghubungkannya dengan China.

China sebelum ini dituduh menggodam laman web yang dikendalikan oleh kerajaan AS dan firma swasta. Pada 2013, penggodam China dituduh mencuri rangka tindakan rahsia daripada ibu pejabat agensi risikan baru Australia.

Laporan Pusat Keselamatan Siber Australia yang dikeluarkan hari ini menyifatkan “kompromi utama kepada perkhidmatan risikan asing” tetapi tidak menamakan mana-mana negara yang bertanggungjawab.

“Kami tidak membatasnya kepada negara khusus, dan kami sengaja melakukan demikian,” kata Dan Tehan, yang membantu Perdana Menteri Malcolm Turnbull mengenai keselamatan siber.

“Namun apa yang telah kami tunjukkan adalah pengintipan siber adalah aktif dan hidup,” beritahunya kepada Australian Broadcasting Corporation. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA