Pengiran Abdul Malik wira KPSSU

Pengiran Abdul Malik wira KPSSU

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Pengiran Abdul Malik bin Pengiran Badarudin menjadi wira Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) apabila turun dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan, 2-1 ke atas Kementerian Perhubungan untuk menghadiahkan pingat gangsa kepada pasukannya.

Perlawanan penentuan pingat gangsa di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) itu bagaimanapun didahului Kementerian Perhubungan dengan serangan pertamanya yang membuahkan gol pada minit pertama perlawanan.

\ʼNamun KPSSU tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan, 1-1, iaitu hanya seminit kemudian menerusi rembatan Junidi Bisu dalam situasi 1-lawan-1.

Seminit dalam separuh masa kedua, giliran KPSSU pula menjaringkan gol awal sekaligus mendahului perlawanan menerusi rembatan kaki kiri Pengiran Abdul Malik yang hanya berdepan dengan penjaga gol Kementerian Perhubungan.

Jaringan Pg Abdul Malik pada minit ke-11 mengesahkan pingat gangsa Futsal PSKK 2015 menjadi milik KPSSU.
Jaringan Pg Abdul Malik pada minit ke-11 mengesahkan pingat gangsa Futsal PSKK 2015 menjadi milik KPSSU.

Walaupun masih berbaki sembilan minit, kedua-dua pasukan tetap gagal menambah jaringan masing-masing walaupun mempunyai peluang terbaik untuk melakukan demikian, sehinggalah perlawanan berakhir dengan KPSSU mengesahkan kemenangan 2-1 ke atas Kementerian Perhubungan.

ARTIKEL YANG SAMA