Pengiran Aizat muncul juara

Pengiran Aizat muncul juara

Oleh Pengiran Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Kejohanan Cabaran Bulanan Cooltones kali pertama diadakan hari ini yang menyaksikan Pengiran Aizat bin Pengiran Haji Abu Samah menjuarai kejohanan tersebut setelah menewaskan peserta lain pada peringkat akhir yang berlangsung di Pusat Utama Bowling, Batu Satu.

Beliau menerima hadiah wang tunai $300 berserta piala iringan manakala sembilan pemenang lainnya turut diberikan hadiah pingat dan wang tunai yang disempurnakan oleh penganjur kejohanan tersebut Haji Mohd Fawzi bin Haji Zainal bersama Pengarah Utama Bowling i-Bowl, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Badee’ bin Pengiran Kerma Raja Pengiran Haji Kamarulzaman.

Menurut Haji Mohd Fawzi, Kejohanan Cabaran Bulanan Cooltones bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara para pemain-pemain boling di negara ini.

Haji Mohd Fawzi (kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang kejohanan.
Haji Mohd Fawzi (kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang kejohanan.
Sesi bergambar ramai bersama 10 pemain teratas dalam Kejohanan Cabaran Bulanan Cooltones.
Sesi bergambar ramai bersama 10 pemain teratas dalam Kejohanan Cabaran Bulanan Cooltones.

“Setelah mendapat tindak balas yang sangat baik, Cooltones dengan kerjasama Pengurusan Utama Bowling i-Bowl akan meneruskan aktiviti seumpama ini setiap bulan bermula September ini.

“Pihak penganjur juga ingin menyampaikan penghargaan atas sokongan dan dukungan oleh para pemain boling tempatan di negara ini,” katanya.

Tujuan kejohanan itu juga bagi mengeratkan hubungan sesama pemain sukan boling di samping mengisi masa lapang bersama-sama keluarga.

ARTIKEL YANG SAMA