Pengiran Bendahara berangkat tiba di Singapura

Pengiran Bendahara berangkat tiba di Singapura

Gambar Infofoto

 

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berangkat tiba di Republik Singapura bagi menghadiri acara pembukaan rasmi Sukan SEA ke-28 yang akan berlangsung Jumaat ini.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Lapangan Terbang Changi, dijunjung oleh Chef de Mission Negara Brunei Darussalam, Haji Abdul Malik bin Haji Muhammad. Temasya sukan dwitahunan itu akan berlangsung sehingga 16 Jun ini.

pg24_150604_d

ARTIKEL YANG SAMA