Pengiran Perdana Wazir berkenan terima mengadap

Pengiran Perdana Wazir berkenan terima mengadap

Gambar oleh Muiz Matdani dan Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mei – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, hari ini, berkenan menerima mengadap dua duta besar yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam, di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan.

Dua perwakilan asing berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama Cho Htun Aung, dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Meynardo L. Montealgre, yang mana kedua-duanya menetap di Negara Brunei Darussalam.

DPPW berkenan menerima mengadap dari Duta Baru Myanmar di Brunei

p03-6_20150522

ARTIKEL YANG SAMA