Pengiran Sukinah terima pingat anugerah Jepun

Pengiran Sukinah terima pingat anugerah Jepun

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Duta Jepun ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki telah mengadakan Majlis Pengurniaan Pingat Order of the Sacred Treasure, Gold and Silver Rays kepada bekas Penolong Kedutaan Jepun di Brunei Darussalam, Pengiran Sukinah binti Pengiran Dato Paduka Haji Hidup, di kediaman kedutaan baru-baru ini.

Pengiran Sukinah merupakan antara penerima Pingat Spring Decorations 2016 yang diumumkan oleh kerajaan Jepun pada 29 April lalu.

Pengiktirafan itu adalah atas khidmat dedikasinya di Kedutaan Jepun kerana telah mempromosi hubungan dua hala antara Brunei Darussalam dan Jepun, serta menjadi model teladan kepada kakitangan tempatan kedutaan.

Pengiran Sukinah menerima pingat daripada Puan Yang Terutama Noriko Iki atas khidmatnya kepada Kedutaan Jepun selama 30 tahun.
Pengiran Sukinah menerima pingat daripada Puan Yang Terutama Noriko Iki atas khidmatnya kepada Kedutaan Jepun selama 30 tahun.

Pengiran Sukinah mula berkhidmat sebagai penolong Bahagian Maklumat, Kebudayaan dan Pendidikan hanya setahun selepas kedutaan itu memulakan misinya di Brunei Darussalam dalam tahun 1984, dan beliau menjawat jawatan di Bahagian Konsular bermula 2004 hingga 2015.

Atas anugerah itu, Pengiran Sukinah turut menerima utusan tahniah daripada Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Jepun, Fumio Kishida.

ARTIKEL YANG SAMA