Pengkaji temui petunjuk baru mengenai Zika

Pengkaji temui petunjuk baru mengenai Zika

CHICAGO, 11 Feb – Penyelidik pada hari ini melaporkan bukti baru yang memperkukuhkan kaitan di antara virus Zika dan pertambahan dalam kecacatan kelahiran, memetik kehadiran virus dalam otak janin yang digugurkan oleh seorang wanita Eropah yang hamil ketika menetap di Brazil.

Satu bedah siasat janin menunjukkan microcephaly atau saiz kepala kecil, serta kecederaan otak teruk dan tahap virus Zika yang tinggi dalam tisu otak janin, melebihi jumlah virus yang lazimnya ditemui dalam sampel darah, lapor penyelidik di Slovenia dari Universiti Pusat Perubatan di Ljubljana dalam Jurnal Perubatan New England.

Hasil dapatan membantu “memperkuat kaitan biologi” di antara jangkitan virus Zika dan microcephaly, tulis penyelidik dari Sekolah Kesihatan Awam Harvard dan Hospital Besar Massachusetts di Boston, dalam satu editorial yang datang bersama kertas.

Para penyelidik di Brazil bergegas untuk menentukan sama ada ketibaan virus Zika di negara itu telah menyebabkan pertambahan dalam microcephaly, dengan lebih 4,000 kes tersebut dilaporkan setakat ini. Brazil telah mengesahkan lebih daripada 400 kes berkenaan sebagai microcephaly, dan mengenalpasti kehadiran Zika dalam 17 anak damit, tetapi satu kaitan masih belum terbukti.

Virus itu disebar oleh nyamuk. Tidak adanya rawatan atau vaksin. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA