Pengkomplot Internet ambil alih laman Megaupload

Pengkomplot Internet ambil alih laman Megaupload

WELLINGTON, 29 Mei (dpa) – Laman web perkongsian fail, Megaupload yang diwujudkan oleh sasaran ekstradisi Amerika Syarikat, Kim Dotcom telah diambil alih oleh pengkomplot Internet semasa di bawah kawalan Jabatan Keadilan (DoJ) AS, menurut laporan lewat semalam.

Megaupload.com telah dirampas oleh pihak berkuasa AS pada 2012 selepas Dotcom didakwa dengan pelanggaran hak cipta dan pelaburan wang haram.

Laman web TorrentFreak mengatakan, daripada sebaliknya menujukan terus pengguna kepada laman dengan atas nama FBI, laman web Megaupload.com dan Megavideo.com telah menghantar pengguna kepada laman yang menghoskan virus komputer malware dan penipuan.

“Anda perlu melihatnya sendiri untuk mempercayainya,” Dotcom memberi komen dalam Twitter, “laman lucah, dadah, virus malware & penipuan iklan yang dibawakan kepada anda oleh Jabatan Keadilan AS.”

Laman Internet dan teknologi Ars Technica mengatakan perubahan itu

‘bukan hasil daripada beberapa penggodam sofistikated,’ namun sebaliknya adalah kegagalan oleh DoJ untuk memperbaharui pendaftaran yang berkaitan dengan alamat Internet berkaitan atau nama domain.

Dotcom telah diikat jamin di New Zealand dan menunggu untuk perbicaraan ekstradisi AS.