Pengkritik Kemboja mati ditembak

Pengkritik Kemboja mati ditembak

PHNOM PENH, 10 Julai – Seorang penganalisis politik Kemboja yang terkenal dengan kritikan beliau ke atas kerajaan ditembak mati pada pagi ini di sebuah kedai serba guna, kata polis.

Pembunuhan Kem Ley berlaku pada masa ketegangan yang meningkat diantara perdana menteri Hun Sen dan pembangkang politik negara, yang menuduh perdana menteri melancarkan tindakan keras baru ke atas mereka.

Polis berkata Kem Ley, pengulas popular dan pekempen asas, ditembak mati ketika beliau minum kopi di sebuah kedai serba guna yang terletak bersebelahan dengan stesen gas di ibu negara Phnom Penh.

“Beliau ditembak mati di sebuah kedai serba guna sebelum pukul 9 pagi,” beritahu Kirt Chantharith, jurucakap polis negara, kepada AFP.

Seorang tersangka ditahan berhampiran dan mengaku membunuh penganalisis disebabkan hutang tidak berbayar, kata Kirt Chantharith.

“Namun kami tidak mempercayai kata-katanya. Kami sedang penyiasat kes ini,” tambah beliau.

Mayat penganalisis politik Kemboja, Kem Ley diusung oleh penyokongnya ke pagoda Buddha di Phnom Penh, Kemboja, 10 Julai. Kem Ley yang terkenal sebagai pengkritik kerajaan ditembak mati pagi ini yang menurut polis berpunca daripada pertikaian peribadi kerana wang. - AP
Mayat penganalisis politik Kemboja, Kem Ley diusung oleh penyokongnya ke pagoda Buddha di Phnom Penh, Kemboja, 10 Julai. Kem Ley yang terkenal sebagai pengkritik kerajaan ditembak mati pagi ini yang menurut polis berpunca daripada pertikaian peribadi kerana wang. – AP

Kemboja mempunyai sejarah lama tragik di mana penyokong hak dan pekerja dibunuh dengan pembunuh mereka jarang dihadapkan ke muka pengadilan.

Seorang jurugambar AFP di tempat kejadian berkata mayat Kem Ley terlantar berlumuran darah di bawah sebuah meja besi di dalam kedai serba guna itu.

Beratus orang yang melihat telah berkumpul tatkala polis mengepung kawasan itu.

Sekumpulan wanita menangis, yang lainnya nampak marah. Isterinya yang sarat mengandung juga bergegas ke tempat kejadian dan dilihat menangis di luar kedai serba guna.

Media tempatan menunjukkan gambar tersangka yang ditahan. Dia nampaknya cedera dengan darah mengalir di kiri wajahnya. – AFP