Pengorbanan bapa tetap dihargai

Pengorbanan bapa tetap dihargai

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 30 Dis – Bagi menghargai segala pengorbanan dan jasa seorang bapa terhadap anak-anaknya, sebuah keluarga dari Kampung Keramut, Danau, Tutong baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Doa Selamat bersempena Sambutan Ulang Tahun bagi Haji Ghani bin Ibrahim yang ke-90 tahun.

Menurut anaknya, Awang Yunos bin Haji Ghani, sebagai memperingati jasa dan memperingati hari ulang tahun bapanya yang mencecah sembilan dekad itu, mereka telah mengadakan majlis doa selamat dan seterusnya mengadakan doa tahlil bagi ibunda mereka yang telah pergi sejak tahun 1979.

Awang Yunos menjelaskan bapanya, Haji Ghani, adalah seorang nelayan dan mereka dibesarkan dengan hasil penangkapan ikan sebelum bapanya mendapat pekerjaan di Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Haji Ghani merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik, yang mana dua daripada mereka sudahpun meninggal dunia. Beliau mempunyai enam orang anak, 21 orang cucu dan sembilan orang cicit, dan pada masa ini, beliau tinggal bersama anaknya di Kampung Keramut, Danau, Tutong.

Haji Ghani bergambar ramai bersama anak-anaknya.
Haji Ghani bergambar ramai bersama anak-anaknya.

Menurut Awang Yunos lagi, walaupun usia bapanya yang sudah lanjut, Alhamdulillah mereka sentiasa bersyukur kerana bapanya masih lagi dalam keadaan sihat dan pernah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2009.

“Kami sebagai anak-anaknya merasa amat bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana mempunyai seorang bapa yang penyayang dan masih sihat,” ujarnya.

Beliau berkata bapanya yang sudahpun memasuki usia 90 tahun itu tidak pernah marah dan sentiasa mengamalkan minum air suam dan tidak pernah mengabaikan solat lima waktu sebagai salah satu rahsia panjang umur.

Beliau juga turut menasihati kepada mereka yang masih mempunyai ibu bapa untuk tidak mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai anak dan sentiasa memeduli serta peka terhadap kebajikan mereka yang sentiasa berkorban dan bersabar meluangkan masa untuk membesarkan anak-anak, dan sentiasa berdoa kepada Allah Subahanahu Wa Ta’ala agar agar keduanya sentiasa berada dalam rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

ARTIKEL YANG SAMA