Pengorbanan guru dihargai

Pengorbanan guru dihargai

Oleh Normazlina M.D

Gambar oleh Bahyiah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Seramai 19 orang guru dan tenaga pengajar telah menerima Anugerah Penghargaan Hari Guru (Special Mention) bersempena Sambutan Hari Guru ke-25 tahun pada majlis penyampaian yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

Penyampaian anugerah berkenaan pada sebelah petang selepas majlis sambutan utama pada sebelah pagi, telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Haji Abdul Rahim bin Derus selaku Pengerusi Majlis, para penerima Anugerah Penghargaan Hari Guru pada tahun ini terdiri daripada guru-guru yang telah mencapai kecemerlangan dan prestasi yang membanggakan dalam pengkhususan dan bidang masing-masing.

Penerima terdiri daripada seorang penerima dari institusi pengajian tinggi, empat dari institusi teknikal dan vokasional, lima dari pusat tingkatan enam, lima dari sekolah menengah dan maktab kerajaan, empat dari sekolah-sekolah rendah kerajaan, tiga dari sekolah ugama dan Arab manakala itu seorang lagi dari Pusat Pembangunan Belia.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad dan Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad semasa menghadiri majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad dan Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad semasa menghadiri majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar menyampaikan ucapan.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar menyampaikan ucapan.
Haji Abdul Rahim menyampaikan ucapan.
Haji Abdul Rahim menyampaikan ucapan.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar menyampaikan anugerah kepada Awang Hassan Mohamed Zahir Hussain.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar menyampaikan anugerah kepada Awang Hassan Mohamed Zahir Hussain.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad dan Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd Yusof bergambar ramai bersama para penerima anugerah sempena Hari Guru 2015.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad dan Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd Yusof bergambar ramai bersama para penerima anugerah sempena Hari Guru 2015.

Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada guru-guru yang telah memberikan sumbangan dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang mata pelajaran masing-masing serta bergiat aktif dalam mengendalikan dan melaksanakan beberapa program atau projek atau kegiatan di peringkat institusi atau sekolah yang dianjurkan oleh agensi-agensi lain.

Salah seorang penerima yang ditemui, Hajah Jamilah binti Haji Sulaiman, 56, berkata sepanjang 33 tahun pengalamannya menjadi guru, beliau merasa lebih tercabar sebagai guru pendidikan khas kerana perlu menangani pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai masalah.

“Alhamdulillah, dengan Kursus Pendidikan Khas yang telah diterapkan dan dipelajari di Universiti Brunei Darussalam dan Unit Pendidikan Khas, saya telah berjaya menanganinya,” ujar beliau yang kini bertugas di Sekolah Menengah Perdana Wazir, Kuala Belait.

Beliau turut menyarankan para guru agar menanamkan semangat kerja secara ikhlas, sabar, sentiasa meningkatkan pengetahuan sendiri serta banyak mengikuti perkembangan semasa dalam bidang pendidikan yang semakin canggih.

Malai Rabiah dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.
Malai Rabiah dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

Manakala itu, seorang lagi penerima anugerah yang juga telah berkhidmat sebagai guru selama 33 tahun, Malai Rabiah binti Sheikh Nikman meluahkan rasa bangga dan berharap anugerah ini akan menjadi suntikan kepadanya untuk membaiki lagi pengajaran dan memperbaiki keputusan peperiksaan penuntut-penuntut yang diajarnya.

Dengan adanya pengiktirafan itu, ia diharap akan menjadi titik tolak bagi mendorong para penerima agar lebih proaktif dalam tugasan mereka dan menjadi sumber inspirasi kepada guru-guru lain ke arah perkhidmatan pendidikan yang berkualiti, penuh dedikasi, kreatif serta inovatif.

ARTIKEL YANG SAMA