Penguasaan badminton China di Rio hambar

Penguasaan badminton China di Rio hambar

RIO DE JANEIRO, 23 Ogos – Kuasa sukan badminton, China telah lama mendominasi sukan tersebut, tetapi pulang dengan hambar dengan membawa dua pingat emas di Olimpik Rio menandakan perubahan besar ketika kekuatannya semakin lemah.

China menguasai lima pingat emas pada London 2012, bagaimana pun ia adalah cerita yang berbeza di Brazil ketika pemain wanitanya dan bintang Lin Dan pulang dengan tangan kosong.

Kehambaran itu memainkan peranan di China di belakang Great Britain untuk menamatkan tangga ketiga dalam kutipan pingat- kali pertama mereka menamatkan diluar dua kedudukan teratas sejak Sukan Sydney pada 2000.

Perseorangan wanita menyaksikan pemenang pertamanya bukan China sejak Sukan Atlanta 20 tahun yang lalu selepas Li Xuerui gagal untuk mempertahankan gelarannya di London, tewas dalam separuh akhir.

Aksi Lin Dan semasa menentang pemain Denmark, Viktor Axelsen dalam acara badminton per-seorangan lelaki bagi merebut pingat gangsa Sukan Olimpik Rio, Brazil Sabtu lalu. – AP
Aksi Lin Dan semasa menentang pemain Denmark, Viktor Axelsen dalam acara badminton per-seorangan lelaki bagi merebut pingat gangsa Sukan Olimpik Rio, Brazil Sabtu lalu. – AP

Selepas tewas kepada pemenang pingat emas Sepanyol, Carolina Marin, Li berkata menjadi sukar bagi China untuk meneruskan penguasaannya dalam sukan itu, yang menjadi acara Olimpik sejak Barcelona 1992.

‘Pasukan kami adalah kuat dan kami cuba yang terbaik untuk mempamerkan yang terbaik tetapi sekarang ia adalah satu persaingan,” jelas pemain itu, 25.

“Hari ini cabaran adalah lebih sukar di seluruh dunia. Setiap pasukan adalah menunjukkan mereka adalah kuat dan bertenaga,” tambah Li. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA