Pengumpul Asia beli lukisan Vincent $66 juta

Pengumpul Asia beli lukisan Vincent $66 juta

NEW YORK, 6 Mei (AFP) – Lukisan Vincent Van Gogh dijual dengan nilai lebih $66 juta dalam lelong New York semalam, bayaran paling tinggi bagi karya pelukis Belanda selepas zaman impresionis sejak 1998.

Menurut firma lelong Sotheby, karya Van Gogh ‘Les Alyscamps’ yang memaparkan pokok-pokok di musim luruh, telah dijangka dijual sekitar $40 juta, tetapi akhirnya seorang pengumpul Asia membayar $66.3 juta selepas pembidaan hebat antara lima bakal pembeli.

Juga mencapai stratosfera harga ialah lukisan ‘Water Lilies’ karya pelukis dari Perancis dari selepas zaman impresionis, Claude Monet, yang dijual dengan harga $54 juta, mengatasi penilaian Sotheby antara $30 juta dan $45 juta.

Bayaran paling tinggi bagi karya Van Gogh adalah dalam tahun 1990, apabila karyanya, ‘Potrait of Dr Gachet’ dijual dengan harga $82.5 juta di New York. Disesuaikan dengan dolar hari ini, kira-kira $153 juta. Dari enam karya Monet yang ditawarkan pada jualan lelong itu, ‘Le Palais Ducal’ lukisan di Venice dalam tahun 1908 dijual dengan harga $23.1 juta, lebih dari yang dianggarkan $15 juta hingga $20 juta.

Dan karyanya ‘Bassion aux nympheas, les rosies’ terjual dengan harga $20.4 juta. Dua lagi lukisan Monet tidak menemui pembelinya.

Jualan karya kontemporari dan selepas zaman impresionis semalam menandakan permulaan musim lelong di Big Apple.

Karya aneka warna Pablo Picasso ‘The Women of Algiers (Version 0),’ memaparkan adegan dari tempat tinggal gundik raja (harem), akan dilelong apabila Christie mengadakan lelongan pada 11 Mei. Kerja seni dinilai pada $140 juta.

Juga dijangka memecah rekod ialah karya Alberto Giacometti iaitu arca ‘Man Pointing’ yang dijangka dijual dengan harga $130 juta.

Rekod dunia bagi lukisan yang dijual pada lelongan ialah $142.4 juta bagi karya Francis Bacon ‘Three Studies of Lucian Freud’ yang dijual di New York dalam tahun 2013.

Giacometti memegang rekod bagi karya ‘Walking Man I’ dijual dengan nilai $104.3 juta dalam tahun 2010.