Pengumuman

Pengumuman

Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ingin memaklumkan bahawa penggunaan padang, dewan sukan, kolam renang, gelanggang sukan luar dan dalam serta kemudahan sukan yang lain di bawah kawalan Jabatan Belia dan Sukan akan ditutup Sabtu ini, 15 Ogos 2015 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69.

Padang, dewan sukan, kolam renang, gelanggang sukan luar dan dalam serta kemudahan sukan yang lain akan dibuka semula seperti biasa pada Ahad, 16 Ogos 2015.