Pengumuman

Pengumuman

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 2015, PKMS (Persatuan Kebajikan Melayu Semenanjung) akan menganjurkan satu pertandingan boling antara rakyat Malaysia di Brunei untuk mengeratkan ukhwah di antara mereka. Pertandingan ini akan diadakan di Megastrike Bowl Airport Mall pada 30 Ogos 2015 bermula jam 3:30 petang dengan yuran pertandingan sebanyak $25 seorang. Hadiah akan diberikan kepada pemenang bagi kategori perseorangan lelaki, perseorangan wanita, berpasukan lelaki dan berpasukan wanita dan akan disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Datuk Awang Sahak selepas tamat pertandingan.

Semua rakyat Malaysai dijemput menyertai pertandinan ini dan mereka yang berminat bolehlah menghubungi Zainal (872 9655) atau Puan Liza (8801956) utk urusan pendaftaran dan pembayaran dengan segera memandangkan tempat adalah terhad. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 27 Ogos 2015.