Pengumuman Miss Universe cetus kekeliruan

Pengumuman Miss Universe cetus kekeliruan

MANILA, 21 Dis (dpa) – Para penonton televisyen di Filipina kecewa apabila Miss Colombia dinobatkan sebagai Miss Universe semalam, tetapi beberapa detik kemudian juruacara membetulkan kesilapannya dan mengisytiharkan Pia Alonzo Wurtzbach dari Filipina sebagai pemenang.

Pertandingan Ratu Cantik tersebut disiarkan secara langsung dari Las Vegas.

Satu pencatatan di Facebook berkata “adakah Miss Filipina menang? Hos keliru,”

Satu lagi pencatatan mengatakan, “Jadi hos membuat kesilapan dalam mengumumkan pemenang? Saya benar-benar mesti menonton ini. Kemenangan bersejarah bagi Pia.”

Papan iklan besar mengucapkan tahniah kepada Miss Universe 2015 Pia Alonzo Wurtzbach dari Filipina di sepanjang jalan sibuk di pusat bandar Quezon, di utara Manila, Filipina pada 21 Disember 2015. – Agensi
Papan iklan besar mengucapkan tahniah kepada Miss Universe 2015 Pia Alonzo Wurtzbach dari Filipina di sepanjang jalan sibuk di pusat bandar Quezon, di utara Manila, Filipina pada 21 Disember 2015. – Agensi

Seorang lelaki warga Filipina yang gembira menulis di Facebook “Oh salah… Maaf Miss Colombia, Miss Filipina adalah pemenang sebenar,” tulis seorang lelaki Filipina yang penuh teruja.

Dua warga Filipina yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik ialah Margie Moran dalam tahun 1973 dan Gloria Diaz dalam tahun 1969.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, para pesaing dari Filipina hampir memenangi pertandingan ini.

Dalam tahun 2011, Miss Filipina menang tempat keempat, dalam tahun 2012 memenangi tempat kedua, tahun 2013 memenangi tempat keempat dan antara 10 teratas dalam tahun 2014.