Pengumuman

Pengumuman

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam satu kenyataannya ingin untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa sepanjang bulan Ramadan 2015, penggunaan padang, dewan sukan, gelanggang sukan luar dan dalam serta kemudahan sukan lain di bawah kawalan Jabatan Belia dan Sukan akan dibuka kepada orang ramai bermula dari jam 8 pagi hingga 3 petang.

Sementara itu, Pusat Akuatik dan Kolam Renang pula akan dibuka dari jam 9 malam hingga 10 malam sahaja.

Kenyataan itu juga menyatakan atlet kebangsaan yang membuat latihan persiapan untuk sukan serantau atau antarabangsa, penggunaannya adalah tertakluk kepada jadual yang disediakan oleh jurulatih sukan berkenaan dan mestilah diberi keutamaan.