Pengunaan kad prabayar membimbangkan

Pengunaan kad prabayar membimbangkan

PARIS, 29 Nov (AFP) – Kad bayaran prabayar dilihat sebagai perkembangan positif yang membantu mereka yang tidak dimasukkan dalam sistem perbankan dan memberikan alat kewangan mudah, tetapi penggunaannya dalam serangan ganas di Paris telah mendedahkan sisi suram yang kurang menyenangkan.

Para penyerang telah menggunakan kad prabayar tanpa nama untuk menyewa bilik hotel di luar Paris pada malam sebelum serangan 13 November menurut Tracfin, badan Perancis yang ditugaskan memerangi pembersihan wang dan membiayai keganasan.

Kad-kad prabayar telah menjadi salah satu segmen pembayaran bukan tunai yang pesat berkembang dalam beberapa tahun kebelakangan, dan kini pihak berkuasa bimbang ia mungkin menjadi alat yang digunakan penjenayah untuk menyembunyikan kegiatan mereka dan melaburkan wang haram mereka.

Mempunyai cap dengan logo Visa atau MasterCard dan dilindungi kod PIN, kad-kad itu membolehkan pengguna untuk mengeluarkan wang dari mesin wang dan juga membuat pembelian di kedai atau secara online.

Di Eropah, ia pada masa ini adalah boleh digunakan tanpa menunjukkan pengenalan kad yang tidak boleh dicaj semula bagi pembayaran sehingga 250 euro atau sehingga 2,500 euro setahun bagi kad yang tidak boleh dicaj semula.

ARTIKEL YANG SAMA