Pengundi Latin tidak cukup buat Hillary

Pengundi Latin tidak cukup buat Hillary

NEW YORK, 10 Nov – Pengundi Latin sepatutnya menjadi senjata rahsia Hillary Clinton untuk memenangi Rumah Putih, namun jumlah kehadiran pengundi minoriti paling tinggi masih tidak cukup untuk membantunya dalam mendapatkan jawatan itu.

Kurangnya kalangan pengundi Latin dan Afrika-Amerika, kumpulan tradisional yang mengundi Demokrat keluar mengundi untuk Clinton kali ini berbanding untuk Barack Obama pada pilihan raya presiden pada tahun 2012. Dan peningkatan undi kaum Latin ini berkurangan kerana jumlah kehadiran dalam kalangan kulit putih bukan Hispanik dan orang yang kurang berpendidikan yang menyokong calon Republikan, Donald Trump di seluruh negara lebih tinggi.

Undi kaum Latin “memang mencatat rekod namun kita perlu menunggu sehingga April atau Mei untuk mendapatkan angka muktamad,” kata Pengarah Penyelidikan Hispanik di Pusat Penyelidikan Pew (PRC), Mark Hugo Lopez.

Lebih daripada 27 juta kaum Latin didaftarkan untuk mengundi, tetapi Lopez menganggarkan kurang daripada separuh iaitu hanya 13 juta undi saja sebenarnya keluar mengundi.

Hillary Clinton berucap di New York kelmarin di mana beliau mengakui kekalahannya kepada Republikan Donald Trump selepas pilihan raya presiden yang sengit. – AP
Hillary Clinton berucap di New York kelmarin di mana beliau mengakui kekalahannya kepada Republikan Donald Trump selepas pilihan raya presiden yang sengit. – AP

65 peratus daripada pengundi Latino berkata mereka menyokong Clinton, bekas wanita pertama, senator dan Setiausaha Negara, manakala 29 peratus menyokong Trump, seorang ahli perniagaan hartanah dan bintang realiti TV dengan mempunyai sifar pengalaman politik.

Selain itu, kebanyakkan daripada cadangan Trump boleh dianggap anti-Latin: beliau mencadangkan untuk mengusir 11 juta pendatang tanpa izin di negara itu, sebahagian besar daripada mereka adalah dari Amerika Latin; membina tembok di sempadan AS dengan Mexico; dan merundingkan semula Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara – termasuklah Kanada dan Mexico – “. yang diumpamakan sebagai ‘bencana’. – AFP