Pengundi Sri Lanka tolak Rajapakse

Pengundi Sri Lanka tolak Rajapakse

COLOMBO, 18 Ogos – Bidaan bekas presiden Mahinda Rajapakse untuk melancarkan satu kepulangan politik di Sri Lanka menemui kegagalan apabila keputusan pilihan raya berakhir hari ini dengan kemenangan ke atas kesatuan yang menggulingkannya, mendapat jumlah undian yang tinggi.

Jika disahkan, keputusan akan menandakan satu kemenangan untuk Presiden Maithripala Sirisena, yang menewaskan Rajapakse dalam pilihan raya presiden pada Januari dan mengadakan pengundian parlimen awal untuk menjamin mandat yang lebih mantap untuk pembaharuan.

Kekalahan untuk Rajapakse akan menempatkan Sri Lanka dalam mengamalkan dasar luar negara berkecuali dan melonggarkan hubungannya dengan China, yang ketika pemerintahan beliau telah mengepam berbilion dolar untuk mengubah pulau Lautan India kepada kota kara laut.

Keputusan dari enam daripada 22 daerah menunjukkan Parti Nasional Bersatu (UNP) pimpinan Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe memperoleh kerusi dalam parlimen yang mempunyai 225 kerusi sementara gabungan pimpinan Parti Kebebasan Sri Lanka (SLFP) kehilangan pengaruh.

Dalam komen pesimistik kepada Reuters, Rajapakse, 69, berkata beliau tidak mungkin memimpin kerajaan akan datang. Beliau tidak mengaku kalah sebelum keputusan penuh yang dijangka keluar pada tengah hari.

Gambar dirakam pada 17 Ogos 2015 menunjukkan presiden Sri Lanka dan calon parlimen Mahinda Rajapakse ketika tiba di pusat mengundi di Tangalla, kira-kira 195 kilometer dari ibu negara Colombo. – AFP
Gambar dirakam pada 17 Ogos 2015 menunjukkan presiden Sri Lanka dan calon parlimen Mahinda Rajapakse ketika tiba di pusat mengundi di Tangalla, kira-kira 195 kilometer dari ibu negara Colombo. – AFP

“Saya akan menyokong dasar yang baik dan menentang dasar buruk,” kata presiden dua penggal itu menerusi telefon dari rumahnya di selatan Hambantota.

Seorang sekutu Rajapakse bersikap lebih fatalistik: “Kami telah tewas dalam pilihan raya,” kata Udaya Prabhath Gammanpila, yang sedang bertanding di Colombo, di laman Facebook.

Beliau meramalkan UNP akan memenangi 11 daerah – cukup untuk menubuhkan sebuah kerajaan minoriti. Gabungan pimpinan SLFP akan memenangi sembilan daerah dan Gabungan Nasional Tamil, parti minoriti serantau, tiga daerah.

Pemimpin nasionalis itu telah bercita-cita untuk menjadi perdana menteri kerajaan pimpinan SLFP tetapi Sirisena, yang mengganti beliau sebagai pemimpin parti pada Januari, telah mengetepikannya dan menyingkir penyokong setia Rajapakse daripada jawatan tertinggi. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA