Pengundian awal pilihan raya S’wak bermula

Pengundian awal pilihan raya S’wak bermula

KUCHING, 3 Mei (Bernama) – Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) bermula pukul 8 pagi.

Terdapat sejumlah 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota keselamatan serta pasangan mereka yang boleh mengundi di 79 pusat pengundian.

Sebanyak 33 dari pusat pengundian akan ditutup pada 2 petang dan selebihnya 46 pusat akan ditutup 5 petang, berdasarkan kepada bilangan pengundi di pusat-pusat berkenaan.

Kertas undi bagi pengundi awal hanya akan dikira mulai pukul 4 petang padahari pengundian biasa (7 Mei) yang dilaksanakan secara berkelompok di tempat pengiraan undi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut senarai SPR, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan mempunyai jumlah pengundi awal paling ramai iaitu 7,055 orang, diikuti Bukit Sentosa (3,163 pengundi), Nangka (3,043), Batu Kawah (1,241) dan Sri Aman (1,075).

Isteri seorang anggota tentera menunaikan tanggungjawab mengundi pada pengundian awal untuk anggota dan pegawai tentera serta isteri sempena Pilihanraya Umum Negeri Sarawak ke-11 di Kem Penrissen Kelmarin. - Bernama
Isteri seorang anggota tentera menunaikan tanggungjawab mengundi pada pengundian awal untuk anggota dan pegawai tentera serta isteri sempena Pilihanraya Umum Negeri Sarawak ke-11 di Kem Penrissen Kelmarin. – Bernama

Bagaimanapun, jumlah pemilih itu tidak melibatkan 418 pengundi awal di dua kawasan DUN – Bukit Kota dan Bukit Sari, berikutan kemenangan tanpa bertanding BN di kedua-dua kerusi itu pada hari penamaan calon, 25 April lepas.

Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11) telah selesai pada pukul 5 petang.

Terdapat sejumlah 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota keselamatan serta pasangan mereka yang mengundi di 79 pusat pengundian.

Setakat 4 petang, 71 peratus pengundi telah melaksanakan kewajipan masing masing.

Kertas undi bagi pengundi awal hanya akan dikira mulai pukul 4 petang pada hari pengundian biasa (7 Mei) yang dilaksanakan secara berkelompok di tempat pengiraan undi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).