Pengundian bendera baharu New Zealand

Pengundian bendera baharu New Zealand

WELLINGTON, 24 Mac (AFP) – Rakyat New Zealander esok (Jumaat) akan mengetahui sama ada cadangan untuk mengeluarkan Union Jack, Britain dari bendera negara itu berjaya, dengan tinjauan pendapat menunjukkan mereka akan masih tetap dengan panji-panji yang sedia ada.

Perdana Menteri John Key telah menjadi penyokong utama bagi perubahan itu dengan mengadakan referendum berhubung isu itu yang beliau sifatkan sebagai peluang sekali dalam satu generasi untuk mengemas kini bendera selepas lebih sedekad.

“Pada dasarnya ia tentang mengeluarkan Union Jack dan memasukkan daun pakis berwarna perak,” Key berkata minggu ini. Dia telah mengatakan bendera yang sedia ada adalah peninggalan hari-hari jajahan Britain, dengan mengatakan daun pakis berwarna perak telah digunakan oleh All Black ‘screams New Zealand’ dalam cara yang sama daun mapel yang mengenal pasti rakyat Kanada.

Tetapi selepas proses 18 bulan yang memakan kos NZ$26 juta, nampaknya rakyat New Zealand sangat membantah perubahan itu. kira-kira tiga juta kertas undi telah diagihkan di negara Pasifik Selatan itu yang mempunyai 4.5 juta penduduk, bagi pengundian itu, yang hanya dijalankan melalui pos dan yang ditutup pada 7 malam hari Khamis.

Rekaan alternatif bendera New Zealand terlihat berkibar di sebuah bangunan di kawasan pusat perniagaan di Wellington kelmarin. – AFP
Rekaan alternatif bendera New Zealand terlihat berkibar di sebuah bangunan di kawasan pusat perniagaan di Wellington kelmarin. – AFP

Keputusan awal akan dikeluarkan kira-kira 90 minit kemudian dan pengundian terus menerus menunjukkan kira-kira dua pertiga pengundi menyokong status quo. Pada satu belah kertas undi ialah bendera yang sedia ada, panji-panji biru gelap dengan Union Jack di sudut kiri atas dan empat bintang merah menggambarkan kumpulan Southern Cross.

Pada satu belah lagi ialah bendera cadangan daun pakis perak berlatarbelakangkan hitam dan biru, yang mengekalkan empat bintang. Direka oleh pereka Kyle Lockwood, ia mengatasi empat lagi cadangan bendera dalam referendum awal Disember lalu.

Pertubuhan perajurit mengatakan mengubah bendera adalah sikap tidak hormat kepada generasi-generasi sebelumnya yang telah berjuang dan terkorban di bawah panji-panji itu.

Tetapi terdapat sokongan yang begitu menonjol bagi perubahan, termasuklah bekas kapten All Black, Richie McCaw, yang mengatakan bendera sedia ada terlalu serupa dengan bendera Australia.