Pengundian pendakwaan Rouseff

Pengundian pendakwaan Rouseff

BRASILIA, 17 April (AFP) – Dewan rendah kongres Brazil akan mengundi hari ini sama ada untuk membenarkan pendakwaan terhadap Presiden Dilma Rouseff, yang membawa krisis utama yang melumpuhkan dan memecah belahkan negara terbesar Amerika Latin itu.

Polis bersedia penuh di seluruh bandar–bandar raya utama dalam persediaan bagi apa yang dijangka akan menyaksikan rapat besar dari penyokong dan penentang Rouseff, dengan ketakutan bahawa persekitaran teruk akan meningkatkan keganasan.

Di ibu negara Brasilia, Rousseff, 68, dan sekutunya melobi dalam 11 jam usaha untuk menukar ketegangan yang dilihat akan menentang presiden wanita pertama negara itu.

Pembangkang memerlukan 342 undian dari 513 kerusi Kongres dewan rendah – atau dua pertiga – untuk menghantar Rousseff ke Senat bagi perbicaraan yang akan menamatkannya dari pejabat. Apa pun, Rouseff boleh mencatatkan kejayaan terkemuka.

Seorang pendemonstrasi anti-kerajaan memegang karikatur Dilma Rousseff dengan memakai topeng penjahat di luar bangunan Kongres di mana ahli parlimen membuat perbahasan samaada untuk menggulingkan Dilma Rousseff di Brasilia, Brazil, pada Sabtu lalu. – AP
Seorang pendemonstrasi anti-kerajaan memegang karikatur Dilma Rousseff dengan memakai topeng penjahat di luar bangunan Kongres di mana ahli parlimen membuat perbahasan samaada untuk menggulingkan Dilma Rousseff di Brasilia, Brazil, pada Sabtu lalu. – AP

Rousseff didakwa secara tidak sah mengendalikan untuk menutupi kejatuhan kerajaan ketika pemilihannya semula pada 2014. kebanyakan rakyat Brazil juga mempertanggungjawabkannya bagi kemelesetan teruk negara itu dalam lebih dari sedekad, dan rasuah besar-besaran yang menumpukkan ke atas syarikat minyak negara, Petrobas.

Anggaran terbaru menunjukkan kem pro pendakwaan mengumpulkan sokongan yang mencukupi pada lewat semalam. Folha de Sao Paulo dan Estadai setiap hari meletakkan jumlah undian pada 347.

Bagaimanapun, penyokong presiden berhaluan kiri terus menegaskan bahawa mereka akan terjejas. Dengan timbalan – timbalan tawar-menawar kesetiaan dalam pertukaran bagi jawatan kerajaan dan jumlah mereka yang tidak diketahui melindungi pertaruhan mereka selama yang mungkin, keputusan mungkin akan berubah.

Dalam bantahan lewat semalam – pembantah yang berpakaian merah dari Parti Pekerja Rouseff atau yang mengenakan warna bendera Brazxil, kuning dan hijau jika dari pembangkang – berhimpun di Rio de Janeiro, Sau Paulo dan Brasilia.