Pengunjung bertuah KBSentral terima hadiah kejutan

Pengunjung bertuah KBSentral terima hadiah kejutan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 29 Julai – Seorang pengunjung bertuah Pusat Membeli-Belah KBSentral yang dipilih secara rambang telah menerima hadiah kejutan menerusi aktiviti Sentral Surprize-Surprize Edisi Raya yang diadakan sebagai salah satu inisiatif KBSentral untuk memberikan penghargaan kepada para pelanggannya.

Dayang Faeza binti Mohd Idrus dan suaminya, sedang berada di kaunter cabutan bertuah untuk mengisi borang penyertaan, apabila dikejutkan oleh kakitangan KBSentral yang melepaskan konfeti ke arah mereka dan menerima hamper bernilai $100 daripada pihak pengurusan KBSentral.

Beliau memberitahu, dia agak terperanjat apabila kakitangan di sana bertepuk tangan dan menyerahkan hadiah kepadanya.

KBSentral akan meneruskan penyampaian hadiah kejutan itu, dengan tiada pengumuman dilakukan sebelum aktiviti tersebut diadakan, di mana pelanggan hanya perlu berkunjung ke pusat membeli-belah itu, sama ada di pasar raya, restoran atau menonton wayang pada bila-bila masa sahaja.

Dayang Faeza, penerima hadiah Suprize-Suprize Edisi Raya sumbangan KBSentral.
Dayang Faeza, penerima hadiah Suprize-Suprize Edisi Raya sumbangan KBSentral.

ARTIKEL YANG SAMA