Pengunjung KBSentral terima ganjaran

Pengunjung KBSentral terima ganjaran

Oleh Anwar Rosly

Gambar Oleh KBSentral

KUALA BELAIT, 22 April – Sebagai salah satu daripada inisiatifnya untuk menunjukkan penghargaan terhadap pembeli serta pengunjung, Pusat Membeli-Belah KBSentral sekali lagi mengadakan aktiviti Sentral ‘Surprize Surprize’.

Kali ini, seorang ibu yang sedang membeli-belah bersama dua orang anaknya telah dipilih secara rawak untuk membawa pulang hadiah hamper daripada Pengurusan Acara KBSentral.

Dayang Teressa dipilih ketika membeli-belah di Jaya Hypermart bersama dua orang anak perempuannya, sebelum pihak pengurusan KBSentral Surprize Surprize mengekori beliau ke kawasan letak kereta dan mengejutkannya serta anak-anaknya dengan hiasan konfeti berwarna-warni.

Dalam satu temu bual, Dayang Teressa meluahkan perasaan terkejut dan gembira kerana dipilih sebagai pemenang Sentral ‘Surprize Surprize’. Beliau menerima hamper bernilai $50 dari Jaya Hypermart dan baucar makanan dari Jollibee.

Untuk mengekalkan unsur kejutan, tidak ada pengumuman sebelum melakukan aktiviti ini, di mana orang ramai hanya perlu mengunjungi Pusat Membeli-belah KBSentral sama ada untuk membeli-belah, makan dan minum atau menonton filem pada bila-bila masa seperti biasa.

ARTIKEL YANG SAMA