Pengunjung KBSentral terima ganjaran

Pengunjung KBSentral terima ganjaran

Oleh Anwar Rosly

Gambar oleh KBSentral

KUALA BELAIT, 29 Jan – Lima pengunjung ke Pusat Membeli-Belah KBSentral, malam tadi, membawa pulang hadiah-hadiah lumayan apabila dipilih sebagai pemenang bertuah dalam Cabutan Bertuah Bulanan KBSentral.

Dalam cabutan itu, Awang Zamin Hilman memenangi penginapan di Hotel Garden Sentral bernilai $138 selaku pemenang pertama, Awang Mohamed Tuah menerima satu unit telefon pintar daripada Progresif dan pemenang ketiga, Dayang Ratina Wahab memenangi baucar daripada FreshCo.

Manakala itu, Dayang Melena Ang Hui pula menerima baucar daripada Jaya Hypermart selaku pemenang keempat dan pemenang kelima pula ialah Awang Matali bin Dagara memenangi baucar daripada Coffee Bean & Tea Leaf dan Delifrance.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Pemasaran dan Acara KBSentral, Awang Valor Lim.

Valor Lim bergambar ramai bersama para pemenang dengan hadiah masing-masing.
Valor Lim bergambar ramai bersama para pemenang dengan hadiah masing-masing.
Awang Zamin Hilman ketika menerima hadiah.
Awang Zamin Hilman ketika menerima hadiah.

Menurut Awang Valor, kempen berkenaan merupakan salah satu inisiatif pihak pengurusan bagi menghargai pengunjung serta pembeli di KBSentral yang telah menyokong kempen cabutan bertuah kedua sejak November 2015.

Cabutan bertuah untuk bulanan ini akan berlangsung dari bulan ini hingga April 2016 sebelum cabutan bertuah besar-besaran diadakan pada 1 Mei 2016. Untuk menyertai cabutan ini, para pengunjung ke KBSentral hanya perlu menjamu selera di restoran-restoran dan membeli-belah di mana-mana kedai di bawah KBSentral atau menonton wayang di Cineplex.

ARTIKEL YANG SAMA