Pengurniaan bintang kebesaran sempena Hari Keputeraan

Pengurniaan bintang kebesaran sempena Hari Keputeraan

Oleh Siti Nur Wasimah S & Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, pagi tadi, telah berkenan berangkat ke Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-70 tahun di Istana Nurul Iman.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati; serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah.

Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain.

Berangkat dan hadir juga pada majlis istiadat hari ini ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Diraja, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri, Manteri-manteri Hulubalang dan Manteri-manteri Pedalaman, Duta-duta dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan para pegawai kanan kerajaan.

Istiadat penuh adat istiadat di Balai Singgahsana Indera Buana itu telah dimulakan dengan pengurniaan titah sebelum diikuti dengan pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada 22 orang penerima.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama kepada Leftenan Jeneral Perry Lim, Tan Sri Dato’ Sri Khalid dan Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama kepada Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama kepada Brigedier Jeneral (U) Awang Shahril Anwar.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama kepada Brigedier Jeneral (U) Awang Shahril Anwar.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua kepada Pengiran Hajah Rostaina dan Dr. Hajah Masnon.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua kepada Pengiran Hajah Rostaina dan Dr. Hajah Masnon.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga kepada Awangku Muhd Adibul Amin dan Dayang Hajah Nurfaezah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga kepada Awangku Muhd Adibul Amin dan Dayang Hajah Nurfaezah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua kepada Awang Yahya, Awang Eddie dan Haji Abdul Aziz.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua kepada Awang Yahya, Awang Eddie dan Haji Abdul Aziz.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kedua kepada Dr. Haji Japar.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kedua kepada Dr. Haji Japar.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga kepada Awang Matali, Haji Azhar, Penolong Pesuruhjaya Polis Pengiran Haji Zainal Abidin, Lau Shiew Yuen dan Dayang Alice Khan.

Mendahului senarai ialah Ketua Terus Pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Leftenan Jeneral Perry Lim; Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar dan Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam, yang mana masing-masing telah dikurniakan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T.) yang membawa gelaran Dato Paduka Seri.

Istiadat pengurniaan kemudian diikuti dengan pengurniaan Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama (P.S.P.N.B.) yang membawa gelaran Dato Seri Pahlawan kepada Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Brigedier Jeneral (U) Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah.

Seterusnya diikuti dengan pengurniaan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama (P.S.N.B.) yang membawa gelaran Dato Seri Setia kepada empat orang Menteri Kabinet iaitu Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah; Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong; Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

Penerima bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kedua dan bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua.
Penerima bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kedua dan bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua.

Sementara itu, seorang penerima telah dikurniakan Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kedua (D.S.S.U.B.) yang membawa gelaran Dato Seri Setia iaitu Timbalan Mufti Kerajaan, Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain.

Enam orang lagi telah dikurniakan dengan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) yang membawa gelaran Dato Paduka iaitu Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Awang Yahya bin Haji Idris; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) di Kementerian Pembangunan, Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny; Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman; Begawan Pehin Khatib Haji Matassan bin Haji Tahir; Pengiran Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman; dan Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim.

Dalam pada itu, dua orang telah dikurniakan dengan Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B.), dengan penerimanya yang terdiri daripada Awangku Muhd Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki dan Dayang Hajah Nurfaezah binti Haji Emran.

Manakala itu, lima orang lagi telah dikurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B.), yang terdiri daripada Awang Matali bin Haji Mohd Yusof, Haji Azhar bin Haji Ahmad, Penolong Pesuruhjaya Polis, Pengiran Haji Zainal Abidin bin Pengiran Haji Mohd Yassin, Awang Lau Shiew Yuen dan Dayang Alice Khan binti Ahmad Khan.

Istiadat pengurniaan berkenaan telah diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

ARTIKEL YANG SAMA