Pengurus bank Britain dalang di sebalik program nuklear Korea U

Pengurus bank Britain dalang di sebalik program nuklear Korea U

SEOUL, 6 April – Seorang pengurus bank Britain yang mempunyai hubungan dengan Korea Utara menubuhkan sebuah syarikat luar pesisir yang didakwa digunakan oleh negara tersebut untuk membiayai program nuklear dan penjualan senjata, lapor akhbar Guardian, memetik dokumen Panama yang terbocor.

Nigel Cowie, yang tinggal di Utara lebih 20 tahun dan telah menjadi ketua bank asing pertamanya, mendaftar sebuah syarikat untuk bank tersebut di British Virgin Island, kata akhbar Britain.

Cowie tidak membalas satu permintaan untuk memberikan komen daripada Reuters.

Guardian adalah antara pertubuhan media yang mengkaji kebocoran dokumen firma guaman dikenali sebagai Panama Papers, yang telah mendedahkan pengaturan kewangan tokoh awam di seluruh dunia dan syarikat yang digunakan oleh mereka.

Cowie menafikan mengetahui mengenai urus niaga dengan entiti yang disenaraihitamkan ketika beliau mempunyai kaitan dengan institusi itu, yang digunakan untuk perniagaan sah, akhbar memetik peguamnya sebagai berkata.

Cowie adalah ketua Bank Kredit Daedong, yang dipapar dalam senarai hitam PBB dan AS kerana terlibat dalam urus niaga kewangan bernilai berjuta-juta dolar untuk syarikat Korea Utara yang terbabit dalam program nuklear dan peluru berpandu negara.

Pada 2006, beliau mengambil saham majoriti dalam Bank Kredit Daedong dan, bersama seorang pegawai perbankan kanan Korea Utara, Kim Chol Sam, mendaftar DCB Finance Limited, cawangan bank, dengan bantuan firma guaman Panama Mossack Fonseca, kata dokumen. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA