Pengurus bank S’pura dipenjara terlibat kes 1MDB

Pengurus bank S’pura dipenjara terlibat kes 1MDB

SINGAPURA, 11 Nov – Seorang pengurus bank swasta Singapura telah dipenjarakan atas tuduhan penipuan yang berkaitan dengan skandal kewangan 1MDB Malaysia, hari ini, menjadi orang pertama yang disabit bersalah dalam kes yang melibatkan berbilion dolar.

Pertuduhan yang membabitkan sejumlah wang besar yang disalahgunakan oleh dana kerajaan Malaysia menerusi penggubahan wang haram telah mencetuskan skandal rasuah besar-besaran yang melibatkan Perdana Menteri Najib Razak.

Pendakwa berkata Yak Yew Chee, bekas pengarah urusan di bank BSI Switzerland cawangan Singapura, membantu menguruskan dana berkaitan 1MDB, yang ditubuhkan oleh Najib dengan bantuan rakan terdekat keluarga, ahli kewangan Malaysia, Low Taek Jho.

Yak Yew Chee ketika tiba di mahkamah di Singapura pada 11 November. – AFP
Yak Yew Chee ketika tiba di mahkamah di Singapura pada 11 November. – AFP

Yak, 57, yang juga merupakan seorang pengurus bank swasta kepada Low, memalsukan surat rujukan kepada bank-bank dan dana Switzerland, dan gagal untuk melaporkan pemindahan wang yang diragui melibatkan akaun kepunyaan kliennya, kata pendakwa.

Dia dipenjarakan 18 minggu selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan pemalsuan dan gagal melaporkan transaksi yang diragui berkaitan dengan dana pelaburan itu.

Dia juga didenda Sg$24,000 (AS$17,000) oleh mahkamah daerah Singapura. – AFP