Pengurus bank...

Pengurus bank warga Swiss didakwa berkaitan 1MDB

SINGAPURA, 5 Jan – Seorang pengurus bank warga Swiss didakwa di Singapura hari ini atas tuduhan pembersihan wang dan kesalahan lain berkaitan skandal rasuah antarabangsa yang melibatkan dana kerajaan Malaysia 1MDB.

Dakwaan bahawa jumlah besar telah digelapkan dari dana kerajaan Malaysia yang mencetuskan skandal yang menyelubungi Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, yang setakat ini bertahan dari keributan politik.

Jens Fred Sturzenegger, 42 tahun yang mengetuai bank peminjam Swiss cawangan Singapura, Falcon Privated Bank, telah didakwa dengan enam tuduhan kerana disyaki gagal melaporkan transaksi yang mencurigakan berjumlah AS$1.7 bilion pada Mac 2013.

Satu transaksi sahaja telah melibatkan AS$1.265 bilion.

Sturzenegger juga berdepan 10 tuduhan memberikan maklumat palsu kepada pihak berkuasa Singapura berkaitan penyiasatan mereka ke atas penggunaan sistem perbankan negara kota itu sebagai saluran bagi pemindahan dana haram yang melibatkan 1MDB.

Peguamnya, Tan Hee Joek memberitahu para pemberita bahawa Sturzenegger dijangka mengaku bersalah apabila dia muncul di mahkamah pada 11 Januari nanti. Pada masa ini dia dibebaskan dengan ikat jamin. – AFP