Pengurus butik didenda kerana menyamar

Pengurus butik didenda kerana menyamar

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160412_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Seorang pengurus di fesyen butik, Kota Kinabalu dijatuhi denda $3,800 dan tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas tiga kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Lucilla Puyok, 31, didakwa memasuki Brunei Darussalam tanpa memiliki pas yang sah, menggunakan pasport orang lain ketika berada di kaunter pelepasan Pos Kawalan Imigresen Ujong Jalan dan di kaunter ketibaan Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah.

Penyamaran tertuduh disedari oleh pegawai imigresen yang bertugas di Pos Kawalan Kuala Lurah apabila mendapati gambar pasport yang tertera itu tidak sama dengan muka tertuduh.

Dia melakukan kesalahan itu pada 2 April 2016.

Tertuduh bagaimanapun membayar denda itu, dan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid hanya memerintahkannya untuk menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA