Pengurus pinjaman wang ditahan akibat pecah amanah

Pengurus pinjaman wang ditahan akibat pecah amanah

MIRI, 17 Mac (Bernama) – Polis membongkar kegiatan seorang pengurus cawangan syarikat pinjaman wang berlesen di Jalan Tudan yang menjual barangan kemas milik pelanggan bernilai lebih RM40,000.

Ketua Polis Miri ACP Junaidi Bujang berkata, pengurus cawangan itu seorang lelaki berumur 31 tahun ditahan bersama dengan isterinya berusia 25 tahun yang bertugas sebagai kerani rekod di syarikat pinjaman wang berlesen yang sama dengan dua suspek lelaki berumur 20 dan 25 tahun pada 10 Mac serta 16 Mac.