Pengurus PL didakwa terlibat skandal rasuah

Pengurus PL didakwa terlibat skandal rasuah

LONDON, 28 Sept – Lapan bekas atau pengurus semasa bola sepak Liga Perdana (PL) semalam didakwa membuat sogokan bagi pertukaran para pemain sebagai sebahagian daripada kritikan meluas akhbar yang membawa kepada peletakan jawatan pengurus pasukan England, Sam Allardyce.

Tiga ejen dirakam membincangkan rasuah bola sepak dan menggunakan pembayaran ‘sogokan’ tidak sah untuk menandatangani pemain yang dikatakan Daily Telegraph melibatkan lapan atau bekas pengurus Liga Perdana dan dua bos dari divisyen dua, Kejohanan.

Ejen Itali, Giuseppe Pagliara berkata dia membuka akaun bank Swiss bagi pengurus dan bekerja menerusi orang tengah untuk menutupi pembayaran tidak sah itu.

“Terdapat satu perkara yang selalu saya perlukan, dan ia adalah ketamakan para pengurus,” dia memberitahu wartawan yang menyamar. Wartawan tersebut bertemu Pagliara ketika makan tengah hari di restoran San Carlo, Manchester, kata akhbar itu.

Ejen dari Itali itu mendakwa seorang pengurus yang bertugas dalam Liga Perdana akan menggunakan kod untuk bertanya jika dia akan menerima suntikan wang tunai: “Ada sedikit kopi bagi saya, Pino?”

Ejen bola sepak, Dax Price mendakwa seorang pengurus akan menambah gaji pemain dan menguruskan setiap pembayaran 4,000 pound (AS$5,200) setiap bulan kepada mereka.

Ejen ketiga, bekas pemain Manchester United, Scott McGravey berkata dia memberikan rakan perniagaannya 30,000 pound untuk menyelamatkan perpindahan seorang pemain. Dia menjelaskan akan menguruskan pembayaran menerusi satu akaun di Monaco.

The Daily Telegraph tidak menamakan pengurus yang terlibat, sementara ia menyatakan tiga ejen mengulangi nama-nama yang sama.

Akhbar itu berkata ia telah menghantar transkrip perbincangan itu kepada FA dan polis.

Pagaliara menafikan membuat sebarang pembayaran kepada mana-mana pengurus dan jurucakap McGravey pula menafikan sebarang salah laku, sementara Price berkata dia tidak memberikan respons kepada siasatan tanpa maklumat lanjut, akhbar itu melaporkan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA