Pengurusan masa dalam kehidupan seharian

Pengurusan masa dalam kehidupan seharian

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Persatuan Kemajuan Insan (KESAN), hari ini, mengadakan Program Kemahiran Pengurusan MANDIRI yang dikendalikan di bawah Unit Kepimpinan KESAN yang diadakan di Dewan Silaturahim, Pusat Belia, di sini.

Program yang menumpukan belia Brunei berumur antara 18 dan 27 tahun itu mengetengahkan mengenai kemahiran kepimpinan yang boleh digunakan di tempat kerja dan kehidupan seharian.

Antara tajuk-tajuk taklimat ketika program itu diadakan ialah ‘Pengurusan Masa’ yang disampaikan oleh Jawatankuasa Eksekutif KESAN, Awang Mohd Haziq Hisyam bin Mohd Zaki yang menyentuh mengenai kepentingan pengurusan masa, tidak melengah-lengahkan kerja, cara berfikir dan bijak dalam membuat keputusan.

Menurut Ahli Jawatankuasa KESAN, Awang Muhammad Zulfadhli bin Haji Ismail, program ini membantu belia menempuhi cabaran dalam pengurusan masa dengan memperkenalkan beberapa siri taklimat dan aktiviti menarik.

Awang Mohd Haziq Hisyam menyampaikan taklimat mengenai kepentingan pengurusan masa.
Awang Mohd Haziq Hisyam menyampaikan taklimat mengenai kepentingan pengurusan masa.
Para peserta program tekun memberikan perhatian terhadap taklimat yang disampaikan.
Para peserta program tekun memberikan perhatian terhadap taklimat yang disampaikan.
Kalangan belia yang mengikuti program berkenaan.
Kalangan belia yang mengikuti program berkenaan.

Di samping itu, KESAN juga akan mengadakan lebih banyak acara bagi meneruskan inspirasi mereka membangun belia-belia di negara ini.

KESAN yang ditubuhkan pada 2006 selaku organisasi bukan kerajaan (NGO) komited untuk menyokong belia dalam mencapai Wawasan 2035 dan menjadikan negara ini sebuah Negara Zikir dengan mempersiapkan belia tempatan dengan integriti dan kemahiran kepimpinan.

ARTIKEL YANG SAMA