Pengusaha pelancongan Thai didakwa tipu pelawat China

Pengusaha pelancongan Thai didakwa tipu pelawat China

BANGKOK, 24 Nov – Pihak pendakwa Thailand telah mendakwa ramai pengusaha pelancongan kerana menipu para pelancong China, menurut polis hari ini, ketika negara beraja itu bertindak keras ke atas penipuan-penipuan yang menyasarkan para pelancong mereka yang paling menguntungkan.

China telah menghantar lebih ramai orang ke Thailand dari mana-mana negara lain dan pelancongan masih salah satu dari beberapa lapangan yang cerah di dalam ekonomi negara itu yang walaupun suram.

Namun aduan-aduan meningkat beberapa tahun kebelakangan berhubung dengan pemandu-pemandu pelancong dan amalan-amalan yang tidak boleh dipercayai terutamanya penipuan yang digelar ‘zero-dollar”.

Skim-skim seumpama itu menjanjikan warga-warga China pakej pelancongan yang tidak munasabah murahnya atau percutian percuma hanya untuk mengenakan caj berlebihan sebaik saja mereka tiba di Thailand.

Pihak pendakwaan, pada minggu ini mendakwa 13 orang dari tujuh buah pengendali pelancongan Thailand yang berlainan.

“Mereka didakwa bagi kesalahan jenayah terancang, pembersihan wang bersama dan mengendalikan operasi pelancong secara haram tanpa kebenaran,” timbalan jurucakap polis negara Kolonel Krissana Pattanacharoen memberitahu AFP.

Media tempatan, yang merujuk mahkamah Jenayah Bangkok, berkata syarikat-syarikat itu telah mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya $2.7 juta melalui penipuan-penipuan.

Pegawai-pegawai mahkamah tidak memberi respons apabila diminta untuk mengulas.

Dalam tahun-tahun kebelakangan China berperanan utama dalam terus mengekalkan kemajuan pelancongan Thailand. Pihak berkuasa pelancongan berkata mereka bakal menerima catatan tertinggi pelancong seramai 32 juta orang tahun ini, meningkat dari 30 juta tahun lalu.

Hampir sepertiga akan tiba dari China dengan 9.1 juta dijangkakan, peningkatan 14 peratus dari tahun lalu. – AFP