Peniaga beralih kepada aset selamat

Peniaga beralih kepada aset selamat

SINGAPURA, 21 Sept (AFP) – Ketidakpastian berpunca daripada keputusan Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang tidak menaik kadar faedah pada minggu lalu menyebabkan peniaga forex beralih kepada aset yang lebih selamat hari ini, dengan mata wang pasaran membangun yang lebih tinggi risikonya terjejas teruk.

Sementara pengumuman pada mulanya dialu-alukan di Asia pada Jumaat, peniaga di Eropah dan Amerika Syarikat menjadi takut dengan keadaan kacau-bilau global dan krisis China sebagai sebab utama atas kemelesetan yang dialami.

Penganalisis juga berkata ia akan melanjutkan teka-teki mengenai bila kadar akan naik, dengan dua mesyuarat dasar bank diadakan sebelum akhir tahun. Mata wang negara membangun berpulih pada minggu lalu berdasarkan harapan Persekutuan tidak akan bertindak. Satu pertambahan biasanya akan menarik pelaburan dari negara membangun untuk pulangan yang lebih tinggi di Amerika Syarikat.

Namun komen daripada ketua bank Janet Yellen menimbulkan kebimbangan mengenai prospek global, membawa kepada kehabisan mata wang yang dianggap satu pertaruhan berisiko tinggi.

Won Korea Selatan merosot 1.02 peratus berbanding dolar dalam perniagaan tengah hari, hari ini, ringgit Malaysia merosot 1.47 peratus dan baht Thai merosot 0.28 peratus.

Australia, Singapura, Taiwan dan New Zealand melihat dolar mereka merosot. Dolar berkurangan kepada 119.93 yen daripada 119.98 yen, dengan mata wang Jepun dianggap sebagai opsyen yang lebih selamat berbanding dolar.

Euro meningkat kepada AS$1.1310 di Singapura daripada $1.1299 dalam perniagaan lewat Jumaat di New York dan meningkat kepada 135.62 yen daripada 135.57 yen. Pasaran kewangan Jepun ditutup selama tiga hari untuk cuti awam.

“Pelabur nampaknya memutuskan bahawa sikap keberatan Persekutuan merupakan satu petanda bahawa keadaan adalah lebih teruk di dunia daripada yang dijangka,” kata Raiko Shareef, ahli strategi pasaran di Wellington di Bank New Zealand, dalam satu e-mel kepada pelanggan, lapor Bloomberg News.

ARTIKEL YANG SAMA