Peniaga dilarang kenakan surcaj kad kredit

Peniaga dilarang kenakan surcaj kad kredit

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Para peniaga dilarang untuk mengenakan sebarang caj tambahan di dalam bentuk surcaj ke atas harga barangan atau perkhidmatan apabila pembelian dibuat menggunakan kad debit atau kredit.

Persatuan Bank-bank Brunei (BAB) dalam satu kenyataannya hari ini menekankan bahawa di bawah perjanjian di antara peniaga dengan Persatuan Kad, para peniaga yang gagal mematuhi syarat-syarat perjanjian tersebut boleh dikenakan tindakan oleh pihak bank.

Dalam kenyataan itu juga, BAB menasihatkan agar pemegang kad terlebih dahulu membuat pengesahan terhadap jumlah bil sebelum membuat sebarang transaksi.

Pemegang kad juga berhak untuk tidak meneruskan transaksi sekiranya dikenakan surcaj dan digalakkan untuk menggunakan hak mereka dengan menghubungi bank masing-masing dan membuat laporan terhadap peniaga yang ingkar.

ARTIKEL YANG SAMA