Peniaga luar meriahkan Pesta Belait

Peniaga luar meriahkan Pesta Belait

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 8 Mei – Peniaga luar turut mengambil peluang untuk berniaga di sini dan mempelbagaikan lagi produk jualan yang terdapat di Jualan Bazar sempena Pesta Belait 2016 yang kini sedang berlangsung.

Peniaga dari Kota Samarahan, Kuching, Sarawak, Fauziah binti Kassim, 52, menawarkan produk agak berbeza pada jualan itu apabila menjual produk mematuhi syariah, merangkumi tudung, jubah dan banyak lagi.

Beliau yang mendapat tahu mengenai pesta itu daripada rakan, mengambil keputusan untuk menyertainya dan mencuba pasaran di negara ini, terutama di Daerah Belait, berharap ia akan menjadi platform untuk melebarkan rangkaian ejen jualan produknya di sini.

Beliau yang berasal dari Singapura, namun sudah lama menetap di Kuching mempunyai kilang kecil untuk produk busana Muslimahnya di Kota Samarahan, dinamakan Ummu Waraqah dan mempunyai slogan ‘UM Mematuhi Syarie, Trendi dan Hijabi’ bersama 10 orang kakitangan kesemuanya penduduk di Sarawak, aktif mempromosikan produknya melalui laman-laman media sosial dan sering menyertai bazar jualan dan expo di dalam dan luar negara. Bazar di Daerah Belait adalah penyertaan pertamanya di sini dan merancang untuk terus menyertai expo atau jualan di masa-masa akan datang.

Fauziah, peniaga dari Kota Samarahan, Kuching buat pertama kali menyertai bazar di Daerah Belait untuk melebarkan rangkaian perniagaannya di sini.
Fauziah, peniaga dari Kota Samarahan, Kuching buat pertama kali menyertai bazar di Daerah Belait untuk melebarkan rangkaian perniagaannya di sini.

Beliau memfokuskan jualan tudung labuh dengan harga berpatutan antara $35 ke atas, dengan koleksi warna-warna pastel yang menarik, purdah, sarung tangan, wangian serta Kek Lapis Sarawak yang dihasilkannya sendiri.

Insya Allah, pada bulan Ramadan, Ummu Waraqah akan mengeluarkan rekaan terbaru dan khusus untuk dipakai pada bulan mulia itu nanti, terutama untuk ke masjid dan sebagainya.

Menurutnya lagi, jualan mereka di sana agak memberangsangkan dan berharap pelanggan akan terus datang ke petak jualan mereka untuk memilih sendiri produk yang ditawarkan.

ARTIKEL YANG SAMA