Peniaga masih belum memahami perniagaan

Peniaga masih belum memahami perniagaan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Akademi Industri Perniagaan (IBA), di bawah Darussalam Enterprise (DARe) telah meneruskan modul mereka hari ini dengan menerangkan hala tuju penulisan pelan perniagaan kepada 41 orang peserta di iCentre, Anggerek Desa.

Modul bertajuk ‘Writing a Business Plan’ itu telah disampaikan oleh Pengurus Kanan Perbankan Korporat PKS, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Pengiran Sanusi Iskandar bin Pengiran Haji Ismail dan Pengarah Urusan Nur Cahaya Indah, J. Haime selaku wakil Syarikat Perkhidmatan Nur Cahaya Indah.

Pengiran Sanusi Iskandar telah menyampaikan maklumat secara terperinci mengenai keperluan menulis pelan perniagaan atau cadangan dari sudut pandangan pelabur. Manakala itu, J. Haime menjelaskan bagaimana cara menulis pelan perniagaan mengikut syarikat mereka dari segi perkhidmatan, skop pasaran, strategi, harga dan banyak lagi.

Semasa modul tersebut, latihan pendek juga dilaksanakan oleh BIBD yang mana para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi menyampaikan pelan perniagaan mereka dalam masa 30 saat bagi membolehkan para peserta yang terdiri daripada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) melatih kemahiran penyampaian maklumat yang perlu dikongsi bersama para pelabur dan bersedia dalam masa yang singkat.

Menurut Pengiran Sanusi Iskandar, ada beberapa orang peniaga masih belum memahami lebih mendalam mengenai perniagaan, mereka juga masih optimistik dan belum bersedia untuk memasarkannya apatah lagi memberi maklumat ramalan yang salah.

Seramai 41 peserta terdiri daripada pengusaha kecil dan sederhana menghadiri modul tersebut yang berlangsung di iCentre, Anggerek Desa.
Seramai 41 peserta terdiri daripada pengusaha kecil dan sederhana menghadiri modul tersebut yang berlangsung di iCentre, Anggerek Desa.
Pengiran Sanusi Iskandar semasa ditemui media berkata terdapat beberapa peniaga masih belum memahami lebih mendalam mengenai perniagaan.
Pengiran Sanusi Iskandar semasa ditemui media berkata terdapat beberapa peniaga masih belum memahami lebih mendalam mengenai perniagaan.

Kertas kerja pelan perniagaan adalah sebagai jalan untuk mencapai apa yang diinginkan dalam perniagaan masing-masing dan jika menulis pelan perniagaan yang tidak betul perniagaan tidak akan menjadi bersistematik.

“Menulis pelan kertas kerja perniagaan (Business Plan) yang bagus, setentunya kita harus mengetahui perniagaan kita sebenar, ia sebagai kesedaran dalam menjual idea kita kepada pelabur-pelabur yang berminat, kertas kerja pelan perniagaan yang lebih lengkap menerangkan kemampuan perniagaan yang diterapkan dengan seksyen figures yang akan menerangkan para pelabur apa yang akan mereka jangka dalam perniagaan itu,” jelas beliau lagi.

Dengan adanya penjelasan menerusi modul ini, setiap pengusaha kecil dan sederhana akan mampu menulis pelan perniagaan yang lebih baik bagi kegunaan persediaan dalam situasi sebenar pada masa hadapan.